Breaking News

Bukan Tak Suka Ibu Aisyah Bebas, Tapi Memuji Seolah Jokowi lah Yang Paling Berjasa itu Gak Pas

aisyah bebas

Dr M: Saya tiada maklumat Jokowi arah bebaskan Siti Aisyah


Beritaislam -  Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat kononnya Malaysia menarik balik pendakwaan terhadap warga Indonesia, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dipercayai adalah atas arahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

https://www.malaysiakini.com/news/467543

Bercakap pada sidang akhbar di Parlimen, Mahathir berkata sepanjang pengetahuannya, pembebasan Siti Aisyah adalah keputusan mahkamah.

"Ini keputusan mahkamah. Dia dibicarakan dan pertuduhan ditarik balik.

�Itu proses yang mengikut undang-undang, ada hak tarik balik pendakwaan, itu dilakukan.

�Saya tak tahu perincian sebab-sebabnya tapi pendakwa raya boleh tarik balik pendakwaan.  Saya tidak menerima apa-apa maklumat," kata Mahathir ketika ditanya mengenai laporan yang mengaitkan pembebasan Siti Aisyah dengan atas rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna H Laoly pada sidang media di Pejabat Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, semalam yang berterima kasih kepada seluruh kepemimpinan kerajaan Malaysia terutama Mahathir dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Jelas Yasonna, kedua-dua pemimpin berkenaan yang memberikan maklum balas positif terhadap permohonan pihaknya untuk membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan terbabit hingga menjadi kenyataan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh Jong-nam dua tahun lalu.

Hakim, Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Tinbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas warga Indonesia itu mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

.Siti Aisyah, bersama warga negara Vietnam, Doan Thi Huong, 30 dan empat warga Korea Utara, masih dituduh membunuh Jong-nam dengan cecair kimia VX di KLIA2 pada 13 Feb, 2017. [MK]

"Gw bukan gk suka ibu Aisyah bebas. Tapi memuja seolah Jkw lah yg paling berjasa itu gak pas. Apalagi kemudian dibantah langsung oleh PM Malaysia @chedetofficial
Bikin malu nih tagar
#JokowiSaveAisyah"




[news.beritaislam.org]

Tidak ada komentar